Thursday, 9 August 2012

Teromba - Sastera Melayu

DEFINISI


    Merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. Adat yang dimaksudkan ialah adat Minangkabau yang mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial dan mengamalkannya. 



FUNGSI

  • MEMBERI PANDUAN DAN PENDIDIKAN TENTANG CARA HIDUP.
  • CARA HIDUP BERMASYARAKAT.
  • MEMBERITAHU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
  • MEMBERITAHU KEUTAMAAN PANGKAT
  • MEMBENTUK DAN MEMBINA MASYARAKAT YANG HARMONI


CIRI-CIRI
  • Sejenis puisi berbentuk bebas atau puisi tidak terikat
  • Rima akhir teromba adalah tidak tetap
  • Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris, contoh:Terdapat penggunaan jenis puisi Melayu tradisional yang lain seperti penggunaan peribahasa.
  • Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya.
  • Sejenis puisi berbentuk bebas atau tidak terikat
  •       Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris
  • Jumlah suku kata sebaris :
                Jumlah suku kata sebaris juga tidak seimbang iaitu di antara 3 hingga 4                 
        
 
CONTOH
   
     Hidup dikandung adat,
Mati dikandung tanah.


Adat dipakai baru,
Kain dipakai usang.


Yang elok dipakai,
Yang buruk dibuang.


Lembaga berlingkungan,
Undang kelintasan.


Duduk meraut ranjau,
Tegak meninjau jarah.

Mentera - Sastera Melayu

DEFINISI

 Mantra adalah rangkaian kata yang mengandung rima dan irama yang dianggap mengandung kekuatan gaib. Mantra biasanya diucapkan oleh seorang dukun atau pawang untuk melawan atau menandingi kekuatan gaib lainnya. 
   Namun, hakikat mantra itu sendiri adalah doa yang diucapkan oleh seorang pawang dalam keadaan trance ‘kerasukan’. 
   Di dalam mantra yang penting bukan makna kata demi kata, melainkan kekuatan bunyi yang bersifat sugestif. 




CIRI-CIRI


DARI SEGI BENTUK:

  • BENTUK BEBAS ATAU TIDAK TERIKAT
  • JUMLAH BARIS DALAM SATU RANGKAP ADALAH BEBAS/TIDAK TETAP
  • JUMLAH RANGKAP BAGI SATU-SATU MANTERA JUGA ADALAH BEBAS
  • RIMA AKHIR BARIS ADALAH BEBAS IAITU TIDAK ADA SKEMA RIMA YANG TERTENTU

DARI SEGI ISI:
  • MENGANDUNGI PENGUCAPAN DAN DOA YANG PENUH DENGAN KATA-KATA PUJIAN DENGAN TUJUAN MEMBAWA KEUNTUNGAN DAN MENJAUHKAN BENCANA
  • MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR ATAU UNGKAPAN MAGIS YANG DIGUNAKAN DALAM UPACARA-UPACARA TERTENTU SERTA BERSIFAT KUDUS ATAU MENYELAMI SOAL-SOAL KEBATINAN


DARI SEGI BAHASA:
  • MENGANDUNGI KATA-KATA YANG TERDAPAT KESAN GAMBARAN (IMEJ) YANG TERTENTU SEPERTI GAMBARAN ALAM SEMULAJADI, BENDA-BENDA, TINGKAH LAKU ATAU PERBUATAN, PERASAAN ATAU SENTUHAN, BUNYI ATAU PENDENGARAN
  • KAYA DENGAN BAHASA PERBANDINGAN, KATA-KATA KIASAN ATAU KIASAN BAHASA DAN METAFORA


JENIS MANTERA 
  • PERUBATAN
  • PAKAIAN DIRI
  • PEKERJAAN
  • ADAT ISTIADAT

FUNGSI

  • Menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk halus yang dipercayai sesuatu tempat atau yang menggangu kehidupan seseorang dan masyarakat.

  • Boleh dijadikan sebagai pemanis, pengasih dan pembenci
  •  Digunakan dalam upacara-upacara seperti adat dan istiadat.

CONTOH

MANTERA ULIK MAYANG

Aku tahu asal usulmu,
Seri Bersila nama asalmu,
Seri Berdiri nama batangmu,
Seri hidup asal usulmu,
Seri Menempak nama daunmu,
Seri Guntur nama bungamu,
Seri Gintir nama buahmu.

Aku tahu asal usulmu,
Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan tuan puteri,
Puteri dua berbaju serong,
Puteri dua bersanggul serong,
Puteri dua bersubang gading,
Puteri dua berselendang kuning.

Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan  puterinya empat,
Puteri dua berbaju serong,
Puteri dua bersanggul serong,
Puteri dua bersubang gading,
Puteri dua berselendang kuning.

Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan puterinya enam,
Puteri dua berbaju serong,
Puteri dua bersanggul serong,
Puteri dua bersubang gading,
Puteri dua berselendang kuning.

Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan puterinya tujuh,
Puteri dua berbaju serong,
Puteri dua bersanggul serong,
Puteri dua bersubang gading,
Puteri dua berselendang kuning.

Ulit mayang diulit,
Ulit dengan jala jemala,
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan  tuan puteri,
Kutahu asal usulmu,
Yang laut pulang ke laut,
Yang darat pulang ke darat,
Nasi berwarna hamba sembahkan.

Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
Pulih mayang kupulih,
Pulih balik sedia kala.

Gurindam - Sastera Melayu

DEFINISI

   Gurindam ialah 1 bentuk puisi melayu yang terdiri daripada 2 baris yang berpasangan, bersajak atau berirama & memberi idea yang lengkap atau sempurna dalam pasangannya. Baris pertama gurindam dipanggil syarat dan baris kedua dipanggil jawab.


FUNGSI

  • PENDIDIKAN
  • HIBURAN
  • DOKUMENTASI GAMBARAN MASYARAKAT 
  • MEDIA KOMUNIKASI


CIRI-CIRI
  • BERANGKAP
  • ADA BENTUK TERIKAT DAN BENTUK BEBAS
  • BENTUK TERIKAT MEMPUNYAI RIMA AKHIR TERIKAT
  • BENTUK TERIKAT MEMPUNYAI DUA BARIS SERANGKAP
  • BENTUK TERIKAT MEMPUNYAI BARIS PERTAMA SEBAGAI SYARAT/SOALAN BARIS KEDUA MERUPAKAN ISI/JAWAPAN
  • BENTUK TERIKAT JUMLAH PERKATAAN SEBARIS DI ANTARA 2 HINGGA 6
  • BENTUK TERIKAT JUMLAH SUKU KATA SEBARIS DI ANTARA 8 HINGGA 14
  • BENTUK BEBAS MEMPUNYAI SATU RANGKAP
  • BENTUK BEBAS SEMUA BARIS MERUPAKAN ISI/MAKSUD/SAMPIRAN
  • BENTUK BEBAS JUMLAH BARIS SERANGKAP BEBAS
  • BENTUK BEBAS RIMA AKHIR BEBAS
  • BENTUK BEBAS JUMLAH PERKATAAN SEBARIS TIDAK SAMA BANYAK
  • DILAFAZKAN SECARA BERLAGU
  • ADA JEDA/HENTIAN SEMENTARA DI TENGAH BARIS
  • ISI GURINDAM BERSIFAT OBJEKTIF/TIADA UNSUR JENAKA
  • ISI GURINDAM BERUNSUR NASIHAT/PENGAJARAN/KEAGAMAAN/TEGURAN


    JENIS

    • GURINDAM BERBENTUK BEBAS
    • GURINDAM BERBENTUK TERIKAT

    CONTOH


    GURINDAM TONGGAK DUA BELAS 

    Hendak pandai menghargai masa,
    Jangan dinanti esok lusa.
    Ketekunan akan membawa kejayaan,
    Kegigihan bekerja dengan keupayaan.
    Wajah ceria keseronokkan bekerja,
    Usah berduka bermuram durja.
    Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,
    Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.
    Ketinggian peribadi jadi amalan,
    Ketelusan hati jadi bekalan.
    Kekuatan sifat baik hati,
    Bertimbang rasa dan bersimpati.



    Pengaruh kepimpinan melalui teladan,
    Baik buruk jadikan sempadan.
    Menjadi kewajipan menjalankan tugas,
    Walaupun sederhana tetapi tegas.
    Kebijaksanaan berhemah perlu diutama,
    Tidak membazir teliti saksama.
    Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
    Perkara susah menjadi senang.
    Peningkatan bakat diberi sokongan,
    Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.
    Nikmat mencipta budaya kreatif,
    Kembangkan bakat semoga aktif.

    Talibun - Sastera Melayu

    DEFINISI


    Sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris, enam baris, atau dua puluh baris yang bersajak di hujungnya. Talibun mempunyai beberapa persamaan dengan teromba  dari segi rima dan mempunyai bentuk yang hampir sama dengan prosa lirik atau prosa berirama.

       Walau bagaimanapun, talibun berbeza dengan prosa lirik dan prosa berirama kerana talibun merupakan sebahagian sahaja daripada cerita yang diambil prosa lirik.

       Talibun mengungkap persoalan yang pelbagai bergantung kepada konteks cerita induknya.Lazim isi talibun berkisar kepada pelbagai perkara dan objek; seperti senjata, pakaian, kenderaan, negeri, perlakuan manusia, fenomena alam, perasaan, dan tradisi yang terdapat dalam sesebuah cerita lipur lara.


    FUNGSI

    • SEBAGAI SISIPAN DI DALAM SESEBUAH LIPUR LARA
    • MENJELASKAN SESUATU PERKARA
    • SEBAGAI PEMERIAN KEPADA CERITA BERKENAAN DAN MEMPERJELASKAN PELUKISAN TERSEBUT

    CIRI-CIRI


    • MERUPAKAN SEJENIS PUISI BEBAS
    • TERDAPAT BEBERAPA BARIS DALAM RANGKAP UNTUK MENJELASKAN PEMERIAN
    • ISINYA BERDASARKAN SESUATU PERKARA DICERITAKAN SECARA TERPERINCI
    • TIADA MEMPUNYAI PEMBAYANG,SETIAP RANGKAP DAPAT MENJELASKAN KESELURUHAN CERITA
    • STRUKTUR TALIBUN BERBENTUK BEBAS IAITU DALAM SERANGKAP TIDAK MEMPUNYAI JUMLAH BARIS,JUMLAH PERKATAAN DAN JUMLAH SUKU KATA YANG SEIMBANG..TALIBUN JUGA TIDAK MEMPUNYAI RIMA BEBAS
    • DALAM SESUATU UNTAI TALIBUN,MUNGKIN TERDAPAT SISIPAN DARIPADA GENRE PUISI YANG LAIN SEPERTI PANTUN,SYAIR DAN SEBAGAINYA,TETAPI TERNYATA SISIPAN INI DIANGGAP SEBAHAGIAN DARIPADA RANGKAP TALIBUN
    • ISI/TEMA BERHUBUNG DENGAN PEMERIAN YANG DILUKISKAN DI DALAM SESEBUAH KONTEKS. MISALNYA UNTUK MEMERIKAN ATAU KESAKTIAN SEJENIS SENJATA DAN UNSUR-UNSUR DI DALAM SESEBUAH CERITA
    • PENGGUNAAN BAHASA PERULANGAN DI SELURUH PUISI

    TEMA


    • MENGISAHKAN KEBESARAN/KEHEBATAN SESUATU TEMPAT
    • MENGISAHKAN KEAJAIBAN SESUATU BENDA/PERISTIWA
    • MENGISAHKAN KEHEBATAN/KECANTIKAN SESORANG
    • MENGISAHKAN KELAKUAN DAN SIKAP MANUSIA

    CONTOH

    Panakik pisau siraut
    Ambil galah batang lintabung
    Silodang ambil untuk niru
    Yang setitik jadikan laut
    Yang sekapal jadikan gunung
    Alam terkembang jadikan guru

    Wednesday, 30 May 2012

    Seloka - Sastera Melayu


    Fungsi Seloka 



    • Sebagai pengajaran ataupun panduan bagi anggota masyarakat.
    • Untuk mencerminkan rasa tidak puas hati mereka terhadap seseorang yang digambarkan melalui seloka, seperti seloka Pak Kaduk, Lebai Malang.

    Ciri-ciri Seloka 


    • Rima akhir adalah tidak tetap.
    • Tidak mempunyai pembayang.
    • Ia digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair ataupun perumpamaan.
    • Sukukata : jumlah sukukata dalam sebaris tidak tetap.
    • Rangkap : bilangan baris dalam serangkap tidak tetap.
    • Perkataan : jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap.
    • Merupakan puisi bebes atau tidak terikat. 

    Contoh Seloka 


    Seloka Pak Kaduk

    Aduhai malang Pak Kaduk
    Ayamnya menang kampung tergadai
    Ada nasi dicurahkan
    Awak pulang kebuluran
    Mudik menongkah surut
    Hilir menongkah pasang;
    Ada isteri dibunuh
    Nyaris mati oleh tak makan
    Masa belayar kematian angin
    Sauh dilabuh bayu berpuput
    Ada rumah bertandang duduk.





    Syair - Sastera Melayu

    Fungsi Syair




    • Sebagai hiburan - sesuai dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.
    • Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama dan kehidupan.
    • Dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus dan boria.
    • Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat.

    Ciri-ciri Syair


    • Merupakan puisi terikat.
    • Rangkap : jumlah baris serangkap tetap iaitu 4 baris. Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu.  Ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun.  Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap ke satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut. 
    • Perkataan :  bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris. 
    •  Sukukata :  Bilangan sukukata sebaris juga tetap iaitu antara 8-12 sukukata dalam sebaris. 
    •  Rima:  Rima  akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/a.

    Jenis-jenis Syair


    Terdapat 6 jenis syair dalam Kesusasteraan Melayu iaitu syair keagamaan, syair kiasan, syair panji, syair romantis, syair saduran, syair sejarah.

    Contoh Syair


    Seri Negeri gelaran diberi
    Sebuah pulau cantik berseri
    Bernaung dibawah sebuah negeri
    Raja berdaulat Paduka Seri

    Lautnya biru pantainya indah
    Makam Mahsuri lagenda sejarah
    Puteri Melayu tak mudah menyerah
    Tujuh keturunan dimakan sumpah

    Pulau lagenda dimakan sumpah
    Tujuh keturunan tamatlah sudah
    Kini makmur melimpah ruah
    Semua penghuni tersenyum megah


    Pantun - Sastera Melayu

    Fungsi Pantun 

    • Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan, dan adat istiadat.
    • Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat, seperti sanjungan, pemujaan, dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi.
    • Sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda, terutamanya pantun jenaka dan pantun usik-mengusik serta pantun dalam permainan.
    • Sebagai alat pendidikan sama ada secara menyindir, kiasan atau berterus-terang.

    Ciri-ciri Pantun

    • Jumlah perkataan dalam sebaris 4-5 patah perkataan.
    • Jumlah suku kata sebaris antara 8-12 sukukata.
    • Bunyi rima akhir seuntau pantun itu mesti lah sama- a,b,a,b.
    • Maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup.
    • Ada hubungan antara pembayang dan maksud.


    Jenis Pantun



    • Terdapat beberapa jenis pantun.  Contohnya  pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, dan pantun 12 kerat.

    Contoh Pantun


    Contoh pantun empat kerat - Teka-teki

    Kelip- Kelip disangka api,
    Kalau api di mana puntungnya;
    Hilang ghaip diasangka mati, 
    Kalau mati di mana kuburnya?


    Hasil Ciptaan


    Kain batik tempat mengalas,
    Juga sebagai kain basahan;
    Harta dan rupa hanya sekilas,
    Amal yang baik tetap bertahan.