Wednesday, 30 May 2012

Syair - Sastera Melayu

Fungsi Syair




  • Sebagai hiburan - sesuai dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.
  • Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama dan kehidupan.
  • Dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus dan boria.
  • Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat.

Ciri-ciri Syair


  • Merupakan puisi terikat.
  • Rangkap : jumlah baris serangkap tetap iaitu 4 baris. Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu.  Ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun.  Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap ke satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut. 
  • Perkataan :  bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris. 
  •  Sukukata :  Bilangan sukukata sebaris juga tetap iaitu antara 8-12 sukukata dalam sebaris. 
  •  Rima:  Rima  akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/a.

Jenis-jenis Syair


Terdapat 6 jenis syair dalam Kesusasteraan Melayu iaitu syair keagamaan, syair kiasan, syair panji, syair romantis, syair saduran, syair sejarah.

Contoh Syair


Seri Negeri gelaran diberi
Sebuah pulau cantik berseri
Bernaung dibawah sebuah negeri
Raja berdaulat Paduka Seri

Lautnya biru pantainya indah
Makam Mahsuri lagenda sejarah
Puteri Melayu tak mudah menyerah
Tujuh keturunan dimakan sumpah

Pulau lagenda dimakan sumpah
Tujuh keturunan tamatlah sudah
Kini makmur melimpah ruah
Semua penghuni tersenyum megah


No comments:

Post a Comment