Wednesday, 30 May 2012

Seloka - Sastera Melayu


Fungsi Seloka 



  • Sebagai pengajaran ataupun panduan bagi anggota masyarakat.
  • Untuk mencerminkan rasa tidak puas hati mereka terhadap seseorang yang digambarkan melalui seloka, seperti seloka Pak Kaduk, Lebai Malang.

Ciri-ciri Seloka 


  • Rima akhir adalah tidak tetap.
  • Tidak mempunyai pembayang.
  • Ia digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair ataupun perumpamaan.
  • Sukukata : jumlah sukukata dalam sebaris tidak tetap.
  • Rangkap : bilangan baris dalam serangkap tidak tetap.
  • Perkataan : jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap.
  • Merupakan puisi bebes atau tidak terikat. 

Contoh Seloka 


Seloka Pak Kaduk

Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.





Syair - Sastera Melayu

Fungsi Syair




  • Sebagai hiburan - sesuai dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.
  • Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama dan kehidupan.
  • Dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus dan boria.
  • Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat.

Ciri-ciri Syair


  • Merupakan puisi terikat.
  • Rangkap : jumlah baris serangkap tetap iaitu 4 baris. Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu.  Ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun.  Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap ke satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut. 
  • Perkataan :  bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris. 
  •  Sukukata :  Bilangan sukukata sebaris juga tetap iaitu antara 8-12 sukukata dalam sebaris. 
  •  Rima:  Rima  akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/a.

Jenis-jenis Syair


Terdapat 6 jenis syair dalam Kesusasteraan Melayu iaitu syair keagamaan, syair kiasan, syair panji, syair romantis, syair saduran, syair sejarah.

Contoh Syair


Seri Negeri gelaran diberi
Sebuah pulau cantik berseri
Bernaung dibawah sebuah negeri
Raja berdaulat Paduka Seri

Lautnya biru pantainya indah
Makam Mahsuri lagenda sejarah
Puteri Melayu tak mudah menyerah
Tujuh keturunan dimakan sumpah

Pulau lagenda dimakan sumpah
Tujuh keturunan tamatlah sudah
Kini makmur melimpah ruah
Semua penghuni tersenyum megah


Pantun - Sastera Melayu

Fungsi Pantun 

  • Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan, dan adat istiadat.
  • Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat, seperti sanjungan, pemujaan, dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi.
  • Sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda, terutamanya pantun jenaka dan pantun usik-mengusik serta pantun dalam permainan.
  • Sebagai alat pendidikan sama ada secara menyindir, kiasan atau berterus-terang.

Ciri-ciri Pantun

  • Jumlah perkataan dalam sebaris 4-5 patah perkataan.
  • Jumlah suku kata sebaris antara 8-12 sukukata.
  • Bunyi rima akhir seuntau pantun itu mesti lah sama- a,b,a,b.
  • Maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup.
  • Ada hubungan antara pembayang dan maksud.


Jenis Pantun



  • Terdapat beberapa jenis pantun.  Contohnya  pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, dan pantun 12 kerat.

Contoh Pantun


Contoh pantun empat kerat - Teka-teki

Kelip- Kelip disangka api,
Kalau api di mana puntungnya;
Hilang ghaip diasangka mati, 
Kalau mati di mana kuburnya?


Hasil Ciptaan


Kain batik tempat mengalas,
Juga sebagai kain basahan;
Harta dan rupa hanya sekilas,
Amal yang baik tetap bertahan.